Nama CEO Bernama diumum minggu depan - Utusan Malaysia

Nama CEO Bernama diumum minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Sept. – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo akan membuat pengumuman nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama yang baharu pada minggu depan.

Menurut beliau, semua pihak diminta untuk tunggu berhubung perkara itu.

“Saya kata tunggu dahulu pada minggu depan, saya akan buat pengumuman berkenaan perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi dan Multimedia 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor.

Pada baru-baru ini, timbul spekulasi bekas Ketua Pengarang The Rocket iaitu media DAP, Wan Hamidi Hamid akan mengisi kerusi CEO Bernama bagi menggantikan Datuk Zulkefli Salleh yang bakal bersara pada bulan depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini