KUALA LUMPUR 11 Sept. – Humanitarian Care Malaysia (MyCare) menyasarkan untuk mengumpul RM300,000 bagi membiayai operasi lapan buah pusat wanita dan kanak-kanak yang didirikan pertubuhan itu di seluruh dunia. Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr. Fauziah Mohd. Hasan berkata, pusat wanita dan kanak-kanak itu didirikan sebagai tempat perlindungan selain untuk memberi pendidikan vokasional kepada pelarian. “Di pusat wanita tersebut kami adakan kelas seperti menjahit dan selepas beberapa tempoh, kami akan…










