PUTRAJAYA 18 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed perlu keluar daripada UMNO lebih awal sekiranya berasakan parti itu sudah tidak selari dengan perjuangannya. Dr. Mahathir berkata, bekas pemimpin UMNO itu perlu sedar lebih awal bahawa parti tersebut telah rosak. “Barangkali sudah sedar tetapi (tindakannya) lambat sikit, (patut) dia sedar awal lagi UMNO sudah rosak, (tetapi) baru hendak keluar sekarang tak apalah,”…










