MERIAH. Seramai 550 murid Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) daerah Kuala Muda, Kedah menjayakan Perbarisan Hari Kebangsaan Perpaduan dan Sambutan Hari Malaysia 2018 baru-baru ini.
Program tersebut diadakan di Dataran Zero Jam Besar, Sungai Petani.
Urusetia program itu, Azlina Ahmad memberitahu, mereka mengambil bahagian dalam acara pakaian kreatif ciptaan keluarga masing-masing sempena sambutan tersebut.
Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri Kedah, Rohai Zahar Nedi.










