Muhammad Shafee anggap tuduhan sebagai karut - Utusan Malaysia

Muhammad Shafee anggap tuduhan sebagai karut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah tidak menjangkakan bahawa dirinya akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM9.5 juta, lima tahun lalu.

Beliau berkata, kesemua transaksi RM9.5 juta itu mempunyai resit yang dikeluarkan oleh firmanya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai yuran guaman.

“Saya langsung tidak menjangkakan pertuduhan terhadap saya, ini kerana saya hanya terima bayaran bagi khidmat guaman yang telah diberikan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini selepas selesai membayar wang ikat jamin sebanyak RM500,000.

Tambahnya, sebagai peguam adalah tidak wajar untuknya mempersoalkan daripada mana sumber kewangan yang dibayar oleh Najib itu diperoleh.

“Takkan saya nak tanya perdana menteri (Najib) daripada mana sumber wang berkenaan,” katanya.

Muhammad Shafee turut menyifatkan bahawa tuduhan yang dikemukakan kepadanya hari ini adalah bermotifkan politik malahan tidak berasas serta karut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN