KUALA LUMPUR 13 Sept. – Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah tidak menjangkakan bahawa dirinya akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM9.5 juta, lima tahun lalu. Beliau berkata, kesemua transaksi RM9.5 juta itu mempunyai resit yang dikeluarkan oleh firmanya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai yuran guaman. “Saya langsung tidak menjangkakan pertuduhan terhadap…










