SHAH ALAM 6 Sept. – Majlis Perundingan Melayu (MPM) akan menemui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Majlis Raja-Raja bagi membincangkan penyusutan besar tanah rizab Melayu. Ahli Lembaga Penasihat MPM, Tun Hanif Omar berkata, hasil siasatan yang dijalankan pihaknya sejak dua tahun lalu mendapati kini hanya tinggal 12 peratus sahaja tanah rizab Melayu di negara ini. Menurutnya, angka itu jauh rendah daripada nisbah 50 peratus yang ditetapkan oleh wasiat…










