JOHOR BAHRU 26 Sept. – Kesedihan 17 keluarga di Kampung Melayu, Larkin di sini Jumaat lalu selepas rumah dipukul ribut sedikit terubat apabila wakil rakyat melawat mereka. Lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Izhar Ahmad dua hari selepas itu menceriakan mereka dan kesempatan itu turut diambilnya untuk mengetahui kesusahan mangsa. Kunjungan itu bagi mengetahui kerosakan dan masalah mangsa di samping untuk mempercepatkan proses bantuan yang diperlukan dalam usaha…










