Mayer 
cipta 
rekod baharu - Utusan Malaysia

Mayer 
cipta 
rekod baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALENCE, Perancis 17 Sept. – Atlet Perancis yang juga merupakan juara dunia, Kevin Mayer mencipta rekod baharu dunia dalam acara dekatlon pada Kejohanan Olahraga Unda­ngan Decaster Ahad lalu untuk muncul ‘orang besi’ ketiga melepasi pungutan 9,000 mata.

Mayer, 26, mengumpul 9,126 mata daripada 10 acara, mengatasi catatan 9,045 mata yang dilakukan atlet Amerika Syarikat, Ashton Eaton di China pada 2015.

Seorang lagi pernah melepasi 9,000 mata adalah atlet Republik Czech, Roman Sebrle yang mencatat 9,026 mata di Austria pada 2001.

Sepuluh acara itu adalah empat larian (100m, 110m lari berpagar, 400m, 1,500m), tiga lompatan (lompat jauh, lompat bergalah, lompat tinggi) dan tiga lontaran (rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN