Maut dibelasah di pusat rawatan - Utusan Malaysia

Maut dibelasah di pusat rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang lelaki berusia 39 tahun maut dipercayai akibat dipukul ketika mendapatkan rawatan ketagihan alkohol di sebuah pusat kebajikan di Bandar Baru Klang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, pihaknya menerima aduan daripada bapa mangsa yang berusia 64 tahun selepas beliau mendapat panggilan daripada pusat kebajikan terbabit pada pukul 11.47 malam Khamis lalu.

Kata Mazelan, bapa mangsa dimaklumkan oleh pihak pusat kebajikan bahawa anaknya telah cedera kononnya dipukul di sebuah pusat beli-belah pada malam itu.

“Mangsa yang berketurunan India kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Akibat cedera parah, mangsa meninggal dunia pada awal pagi Sabtu lalu,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN