PUTRAJAYA 16 Sept. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bersedia bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan. Beliau berkata, pandangan Anwar penting dalam membantunya menguruskan Kementerian Pendidikan. “Pandangan dan nasihat beliau selaku Presiden PKR dan bekas Menteri Pendidikan akan membantu kepemimpinan saya dalam mengemudi kementerian ini. “Malah saya juga mengambil kira beberapa pandangan beliau yang kemukakan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.…










