KUALA LUMPUR 5 Sept. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ketujuh selama tiga tahun selepas diberi perkenan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah. MASZLEE Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Komunikasi Korporat UIAM, pengurusan universiti berkenaan berpandangan, Maszlee adalah calon yang ideal untuk jawatan tersebut kerana merupakan seorang bekas pensyarah UIAM selain pernah mengetuai Persatuan Staf Akademik UIAM…










