KOTA TINGGI 26 Sept. – Cubaan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua tekong darat menyusup masuk ke negara ini berjaya dipatahkan apabila ditahan di sini malam tadi. Mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Darat di tepi jalan besar berhadapan kawasan penetasan udang, Sungai Tengah Bandar Penawar. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 48 tahun itu…










