Mangsa gempa bumi dan taufan di Jepun selamat tiba di tanah air - Utusan Malaysia

Mangsa gempa bumi dan taufan di Jepun selamat tiba di tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Hokkaido, Jepun akibat taufan Jebi dan gempa bumi pada minggu lepas, selamat tiba di tanah air pagi ini.

Ketibaan Nordziakon Husnan atau panggilan mesranya Rudy di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai  di sini disambut gembira oleh isterinya, Aainaa Mardhiah Juraisan, 30, dan anak perempuannya Nursyahzani Nazita Aailah berumur enam tahun.

Kepulangan Rudy adalah hasil usaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang membiayai  sepenuhnya tiket penerbangan balik dari Sapporo, Hokkaido ke Bangkok, Thailand dan kemudian dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebelum disusuli penerbangan dari KLIA2 ke Johor Bahru. 

Dia yang sedang bercuti seorang di Sapporo sejak 1 September sepatutnya pulang ke tanah air pada 5 September lalu namun tidak dapat berbuat demikian kerana terkandas di Lapangan Terbang Chitose akibat masalah  teknikal.

“Pada pagi kejadian, saya sudah berada di airport untuk bersedia memasuki pintu perlepasan namun tiba-tiba terasa gegaran (gempa) menyebabkan ramai yang panik. Kemudian menyusul pula gegaran kedua tetapi  tidak sekuat yang pertama. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN