KUALA LUMPUR 18 Sept. – Malaysia bermula dengan langkah sumbang dalam aksi pembukaan Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin setelah kalah 2-5 kepada tuan rumah, Australia di Darwin, Australia, hari ini. Dalam aksi di Pusat Hoki Marrara, Australia mendahului 2-1 pada babak pertama menerusi gol padang Dylan Wotherspoon dan Tom Craig, masing-masing pada minit kelapan dan ke-11, sebelum Muhammad Haziq Samsul merapatkan defisit untuk skuad Malaysian Tigers menerusi gol padang pada…










