TERBAIK! Itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan konsert Semalam Di Malaya yang diadakan sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)dan sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada tanggal 16 September lalu. Masakan tidak pada konsert itu, buat julung-julung kalinya, dua pemilik suara emas Aishah dan Liza Hanim berkongsi pentas yang sama di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Biarpun kedua-duanya menyampaikan lagu-lagu klasik yang diberi nafas baharu, namun paduan vokal dan…









