Ibu bapa disaran hadir sendiri ke sekolah ambil BAP, pastikan wang bantuan sampai kepada penerima

Ibu bapa disaran hadir sendiri ke sekolah ambil BAP, pastikan wang bantuan sampai kepada penerima

REAKSI pelajar tahun 1 memulakan sesi persekolahan pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1). - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ibu bapa disaran hadir sendiri ke sekolah untuk mengambil agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), bagi memastikan penyerahan wang bantuan itu sampai kepada penerima yang sepatutnya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Ahmad Suhaimi Endut berkata, penyaluran wang bantuan itu telah dilakukan sejak minggu lalu dengan pengagihan dijangka bermula pada hari ini, namun bergantung kepada tahap persediaan setiap sekolah.

“Duit sudah dimasukkan sejak minggu lepas. Jadi kalau ada sekolah yang sudah bersedia, hari ini pun sudah boleh mula bergerak.

“Tapi memandangkan duit ini diagihkan secara tunai dan perlu pengiring polis, mungkin sekolah perlu buat persediaan kerana duit ini jumlahnya besar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan sesi 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau meminta agar ibu bapa terlibat secara langsung dalam pengambilan bantuan itu untuk mengelak salah guna oleh pelajar.

“Kalau boleh kita nak melibatkan ibu bapa supaya mereka prihatin dengan apa yang berlaku di sekolah dan keperluan anak-anak. Kita tak nak bantuan ini sampai kepada anak sahaja, lepas itu dibelanjakan sesuka hati.

“Pernah berlaku sebelum ini, pelajar hanya serah sebahagian daripada jumlah sebenar. Sepatutnya terima RM150, dia beritahu ibu bapa hanya dapat RM100,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM800 juta bagi menyediakan BAP sebanyak RM150 kepada semua pelajar tahun satu hingga tingkatan enam tahun ini.

BAP adalah bantuan tunai secara sekali bayar berjumlah RM150 diberikan kepada 5.2 juta murid bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN