KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada hujung bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata mesyuarat, yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. dijadual membincangkan enam kluster yang menyumbang kepada peningkatan kos hidup rakyat iaitu berkaitan makanan, perumahan, utiliti, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan. “Bidang yang merupakan penyumbang utama…










