Mahkamah Singapura keluar perintah pelupusan dana berkaitan 1MDB - Utusan Malaysia

Mahkamah Singapura keluar perintah pelupusan dana berkaitan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Mahkamah Singapura mengeluarkan perintah pelupusan berhubung wang yang telah diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd., menurut firma guaman, Tan Rajah@Cheah.

Dalam kenyataan di sini hari ini, ia menegaskan bahawa wang yang diperoleh itu adalah dalam pelbagai mata wang dengan jumlah nilai keseluruhan kira-kira  S$15.3 juta (RM45.95 juta).

“Kesemua wang ini sedang dipindahkan ke akuan bank pemerolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

“Usaha untuk mendapatkan kembali aset lain yang diseleweng masih diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Tan Rajah@Cheah adalah peguamcara bagi kerajaan Malaysia, 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN