SUMBANGAN. Seorang ibu bersama anaknya menerima sumbangan sebuah motosikal roda tiga melalui satu inisiatif sumbangan awam yang dilancarkan oleh Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) baru-baru ini. Motosikal itu diserahkan oleh Pengerusi Mahar, Jismi Johari kepada Eshah Mat, 77, dan anaknya, Sulaiman Yassin, 53, yang menetap di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Kenderaan itu akan digunakan dua beranak tersebut untuk menjaja buah-buahan dan sayur-sayuran di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu…










