Macam-macam cerita politik - Utusan Malaysia

Macam-macam cerita politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELASA lalu Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO dan tidak sampai 24 jam, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman pula mengikut jejak langkah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

ABDUL LATIFF AHMAD

Kemudian tersebar senarai pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Pakatan Harapan (PH) termasuk seorang wakil rakyat dari Johor iaitu Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Pelbagai persoalan timbul dengan bermacam-macam ramalan politik dijangka berlaku termasuk ‘rampasan kuasa’ mela­lui pintu belakang.

Kerajaan Pusat yang baharu itu dirancang terbentuk daripada gabungan komponen parti politik pembangkang akan dinamakan Barisan Harapan Malaysia terdiri daripada UMNO, Pas, PKR, MCA, MIC, Bebas Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Bersatu Sabah.

Dalam politik Malaysia, cerita mengenai ahli politik lompat parti sering kendengaran malah berlaku setiap kali selepas pilihan raya umum (PRU). Namun politik matlamat menghalalkan cara itu menjadi tidak terkawal malah boleh ‘dijual beli’ selepas PRU yang ke-12, 13 dan 14.

Mustapa Mohamed
MUSTAPA MOHAMED

Kita wajar memuji sikap rakyat berpolitik apabila peralihan kuasa berlaku secara aman daripada Barisan Nasional (BN) kepada PH pada PRU-14. Malangnya kematangan rakyat berpolitik tidak dijiwai atau disantuni pemimpin politik.

Dalam hal ini, pemimpin politik seharusnya menghormati keputusan rakyat yang sudah memilih parti-parti politik dalam PH untuk menerajui negara. Mandat rakyat tidak harus dikhianati dan PRU-14 adalah proses demokrasi yang sah di sisi undang-undang.

Sebarang langkah yang membelakangi keputusan PRU-14 hanya akan memberikan imej buruk kepada negara dan dibimbangi menimbulkan ketidakstabilan politik Malaysia.

Anifah Aman
ANIFAH AMAN

Bayangkan jika peralihan kuasa secara jahat dan kotor itu berlaku, negara akan menjadi kucar-kacir, urusan dalaman negara menjadi tidak tentu hala dan pelabur akan takut melabur dan lebih teruk akan menarik pelaburan keluar dari negara ini.

Bukan itu sahaja, tidak mustahil dasar-dasar akan berubah contohnya cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dimansuh dan kembali kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN