KUALA LUMPUR – Tiga individu tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam tempoh dua hari prosiding siasatan membabitkan isu dana bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai kira-kira RM19.4 bilion.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, antara individu yang terlibat memberi keterangan dalam prosiding pada Rabu lalu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.
Beliau berkata, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Siti Zauyah Md. Desa yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan pula telah memberikan keterangan pada Khamis.
Sementara itu, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan tampil memberi keterangan pada 25 September ini bagi meneruskan prosiding siasatan terbabit.
Memuatkan artikel berkaitan…











