Lelaki tertimbus bawah tanah maut - Utusan Malaysia

Lelaki tertimbus bawah tanah maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Seorang pekerja berusia 62 tahun yang tertimbus ketika melakukan kerja memasang paip bawah tanah di Jalan Permatang Pasir, Kuala Selangor, dekat sini ditemukan maut hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, mangsa ditemukan kira-kira pukul 2.50 petang tadi.

“Kita tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.56 pagi dan terus memulakan operasi menyelamat mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, mangsa yang ditemukan kira-kira pukul 2.26 petang telah disahkan oleh pihak perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, sebanyak tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Selangor di kerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini