KUALA LUMPUR 11 Sept. – Bekas pegawai khas kepada timbalan menteri yang didakwa merakam video di bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya di sebuah premis di Publika Solaris Duta Mas, Sabtu lalu telah dibebaskan malam tadi. R. Munusamy Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lelaki berusia 47 tahun itu dibebaskan pada pukul 10 malam. “Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis” katanya ketika dihubungi di sini…










