SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan kes samun kedai dobi layan diri, kedai serbaneka 24 jam dan sebuah kedai runcit di sini berjaya ditahan di Juru, Pulau Pinang kelmarin.
Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 pagi kelmarin dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani di sini semalam untuk mendapatkan perintah reman.
Lelaki terbabit direman selama enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.









