Ledakan industri kurier - Utusan Malaysia

Ledakan industri kurier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KEWUJUDAN pelbagai syarikat kurier di negara kita begitu menggalakkan.

Menurut kiraan kasar, ada lebih 15 syarikat kurier utama selain Pos Malaysia dan bilangannya semakin bertambah.

Kita mengalu-alukan persaingan syarikat kurier baik milik tempatan mahupun asing. Ini dapat mewujudkan persaingan sihat dan usaha menambah kecekapan perkhidmatan mereka. Cuma ada beberapa perkara yang perlu ditambahbaik.

Saya mendengar banyak rungutan daripada rakan-rakan tentang kelewatan barang sampai ke tangan pengguna. Jika sepatutnya sampai sehari kemudian, ada hingga lebih empat hari baru diterima.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengguna membayar atas keyakinan barang itu sampai dengan cepat. Ada syarikat memberi alasan gagal mencari alamat sedangkan alamat sama digunakan sekian lama.

Seeloknya syarikat kurier menghubungi pengguna terlebih dahulu sebelum menghantar barang bagi memastikan ada orang di rumah untuk menerimanya.

Seperkara lagi, ada barang di dapati mengalami kerosakan mungkin disebabkan kesilapan pekerja kurier. Oleh itu, pekerja kurier perlu lebih berhati-hati mengendalikan barang pengguna.

Saya juga mendapati syarikat kurier mengenakan kadar bayaran yang berbeza-beza sehinggakan ada yang agak besar jurang perbezaannya. Saya mencadangkan kementerian berwajib menyeragamkan kadar harga demi faedah pengguna.

Dengan kepesatan penjualan barang dalam talian, syarikat kurier mengalami peningkatan operasi yang mendadak. Jangan bebani pengguna dengan pelbagai masalah hingga hilang kepercayaan kepada perkhidmatan syarikat tersebut.

MUSTAFFA SIRAJ

Batu Pahat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN