KOTA KINABALU 5 Sept. – Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sesak dengan kehadiran lebih 1,000 penyokong bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Berikutan itu, Pasukan Simpanan Persektuan (FRU) telah dikerah bagi mengawal keadaan di situ. Keadaan di situ bagaimanapun terkawal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Kehadiran penyokong-penyokong tersebut adalah bagi menyambut kepulangan Musa ke Sabah buat pertama kali dalam tempoh empat bulan. – UTUSAN ONLINE










