Lapan bayi Hari Malaysia terima hadiah istimewa - Utusan Malaysia

Lapan bayi Hari Malaysia terima hadiah istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Lapan bayi menerima hadiah berupa wang tunai dan pembukaan akaun simpanan percuma sempena dilahirkan pada Hari Malaysia.

Pengurus Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad (Bank Persatuan) Cawangan Bayan Baru Muhamad Afif Zulkifli berkata, program itu dilakukan bagi memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil.

“Inisiatif ini dilakukan bagi menggalakkan budaya menabung dari hari pertama lagi. Selain daripada itu, kita ingin mengeratkan hubungan pihak bank dengan masyarakat setempat. 

“Seramai 20 bayi terawal yang dilahirkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari ini akan menerima hadiah istimewa berupa wang tunai RM50 yang akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan-i al-wadiah hasanah,” katanya kepada pemberita di HPP di sini hari ini. 

Lapan bayi Hari Malaysia dilahirkan di HPP terdiri daripada masing-masing enam bayi lelaki dan dua bayi perempuan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN