MANILA – Seorang datuk bandar Filipina yang berada dalam senarai pegawai yang disyaki terlibat dengan jenayah dadah, ditembak mati di pejabatnya semalam, kata polis. Datuk Bandar Ronda, Mariano Blanco merupakan pegawai kerajaan terbaharu yang dibunuh sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas dikatakan terlibat dengan penyeludupan dadah. Bandar Ronda terletak di selatan Filipina. Negara itu mengamalkan budaya politik ganas tetapi kumpulan-kumpulan pemerhati bimbang tindakan keras Presiden Rodrigo Duterte membanteras jenayah dadah…









