ALOR SETAR – Kerajaan bercadang memperuntukkan 10 peratus kuota pemilikan rumah mampu milik kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha meningkatkan martabat dan kebajikan anggota pasukan itu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada anggota yang berkelayakan dan mempunyai tanggungan yang ramai, ibu tunggal serta memenuhi beberapa kriteria yang akan ditentukan kemudian. “Memandangkan KPKT menyediakan rumah mampu milik, jadi sudah tentunya…










