TUARAN 14 Sept. – Lima lelaki dan seorang perempuan diberkas kerana terlibat dalam jenayah pecah rumah di sekitar kawasan Kampung Melalin, Mengkabong, di sini awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Dzulbaharin Ismail berkata, kumpulan terbabit ditangkap kira-kira pukul 6 pagi ketika melakukan jenayah tersebut. Katanya, selain tangkapan, polis turut merampas beberapa jenis barang yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri kumpulan terbabit. “Siasatan mendapati kumpulan ini aktif melakukan pecah rumah…










