KUBANG PASU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kubang Pasu merampas 20,000 liter minyak petrol bernilai RM44,000 dipercayai bersubsidi di sebuah stor haram di Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam hari ini. Ketua Cawangan KPDNHEP Kubang Pasu, Mohamad Amir Abdullah berkata, rampasan itu susulan serbuan dijalankan pihaknya pada pukul 9.30 pagi ke atas premis berkenaan yang tidak mempunyai kebenaran dan lesen menjual bahan kawalan berkenaan. “Turut…










