Kovacic akui Hazard terbaik - Utusan Malaysia

Kovacic akui Hazard terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain tengah Chelsea, Mateo Kovacic mengakui bahawa dia tidak mengetahui tahap kebolehan sebenar rakan sepasukannya, Edin Hazard sehinggalah tiba di London untuk menyertai pasukan itu musim panas lalu.

Kovacic menyertai Chelsea dengan status pemain pinjaman dari Real Madrid bulan lalu turut mendedahkan bahawa dia tidak percaya dapat beraksi bersama Hazard di Stamford Bridge selepas pemain itu dikaitkan dengan spekulasi perpindahan ke Santiago Bernabeu untuk menggantikan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, kapten Belgium itu membuat keputusan untuk kekal bersama The Blues selepas pulang daripada kempen Piala Dunia dan berjaya meledak hatrik ketika aksi menentang Cardiff minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia seorang pemain yang bagus. Saya tidak tahu sebelum ini bahawa gaya permainannya sangat baik sehinggalah saya berada di sini.

“Saya hanya mengetahui bahawa dia seorang pemain yang baik sebelum ini tetapi selepas saya menyaksikan aksinya setiap hari ketika latihan dan perlawanan, saya terpaksa mengakui bahawa dia sa­ngat menakjubkan.

“Pada saya, Hazard merupakan salah seorang daripada tiga pemain terbaik di dunia ketika ini.

“Saya sangat seronok menjalani latihan bersamanya dan pemain lain kerana pasukan ini sangat mengagumkan, berbakat dan saya percaya kami mampu melakukan suatu yang hebat musim ini,” jelasnya.

Chelsea bakal berkunjung ke Stadium London malam ini untuk berdepan West Ham United dengan harapan dapat meneruskan rentak cemerlang bagi memburu kemenangan keenam berturut-turut pada aksi Liga Perdana England setakat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini