KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memohon agar atlet mereka tidak digugurkan daripada Program Podium terutama jaguh lompat tinggi Nauraj Singh Randhawa yang dianggapnya sebagai berpotensi untuk layak ke Sukan Olimpik 2020. Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, Program Podium mempunyai objektif yang amat bagus dan harus dikekalkan kerana mampu meningkatkan keupayaan atlet ke tahap yang lebih baik dengan menjadikan Sukan Olimpik sebagai sasaran utama. Tambah Karim,…










