Video promosi menu remaja OKU raih 2.2 juta tontonan

Video promosi menu remaja OKU raih 2.2 juta tontonan

MUHAMMAD Firdaus Mohd. Rajab berkongsi videonya membuat ulasan menu di tempat kerja menjadi fenomena di media sosial hingga meraih lebih 2.2 juta tontonan, 128,000 perkongsian dan hampir 6,000 komen.-UTUSAN/AMRAN ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Di sebalik kekurangan pertuturan akibat sumbing, seorang remaja orang kurang upaya (OKU) membuktikan walaupun suaranya tidak jelas, tetap gigih mempromosi menu makanan di restoran tempatnya bekerja sehingga tular di media sosial.

Remaja itu, Muhammad Firdaus Mohd. Rajab, 17, menjadi perhatian ramai apabila gaya percakapannya dilihat sebagai satu keunikan sekali gus menarik ribuan tontonan setiap kali memuat naik video mempromosi hidangan di premis tersebut.

Videonya membuat ulasan menu di tempat kerja tular di media sosial, meraih lebih 2.2 juta tontonan, 128,000 perkongsian dan hampir 6,000 komen.

“Walaupun percakapan saya tak jelas, saya anggap itu kelebihan yang buat orang tertarik dengan video saya.

“Ada yang tak faham apa saya sebut, jadi saya minta mereka tulis di ruangan komen dan kami balas satu persatu,” katanya ketika ditemui di Jalan Kampung Hulu, di sini semalam.

Katanya, selain bekerja sebagai pembantu kedai makan, keberaniannya tampil mempromosikan menu meskipun bertutur tidak jelas turut memberi inspirasi kepada orang ramai, terutama golongan muda yang berdepan cabaran hidup.

Menurut Firdaus, dia memperoleh pendapatan sekitar RM1,700 sebulan dan tidak mengetahui mengenai wujudnya bantuan pekerjaan khas OKU dan setakat ini hanya bergantung sepenuhnya kepada tenaganya untuk menampung kehidupan.

“Ada yang anggap suara saya kelakar, tapi ramai beri kata semangat dan sokongan. Yang penting saya terus kerja untuk sara diri, sebab adik-adik masih bersekolah,” ujarnya. 

Katanya, dia mula bekerja sejak usia 12 tahun demi membantu keluarga ekoran masalah ekonomi kerana ibu bapanya berkerja di kedai warung.

Lebih menyayat hati, dia berkata, pernah berjalan kaki lebih tiga jam dari rumahnya di Sungai Udang ke sebuah hotel di Banda Hilir pada tahun lalu ketika bekerja sebagai pembantu dapur kerana tidak mempunyai wang tambang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN