Kita tunggu dan lihat - Rina - Utusan Malaysia

Kita tunggu dan lihat – Rina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Rina Mohd. Harun mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung pengumuman PKR bahawa Presiden partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

RINA MOHD. HARUN
RINA MOHD. HARUN 

Tanpa mahu memberi komen selanjutnya, Rina berpandangan perkara itu diputuskan oleh kepemimpinan parti.

“Saya rasa itu telah diputuskan oleh pihak kepemimpinan untuk Anwar bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

“Jadi, kita tunggu dan lihat lah nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah anjuran PPBM Bahagian Titiwangsa, di sini hari ini.

Semalam, Anwar diumumkan bertanding di kerusi Port Dickson selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Presiden PKR itu untuk bertanding.

Menurut Danyal Balagopal, surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof semalam. – UTUSAN ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN