KUALA LUMPUR – Khidmat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd., Datuk Zakaria Arshad, sebagai pengarah syarikat itu ditamatkan berkuatkuasa hari ini. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat perniagaan pertanian itu berkata, tindakan tersebut berkuatkuasa selepas FGV menerima surat daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini yang menarik balik pelantikan Zakaria sebagai pengarah lantikan kerajaan dalam pelaksanaan perlembagaan baharu FGV yang telah diluluskan oleh pemegang saham…










