KUALA LUMPUR – Seorang ketua jabatan sebuah hospital kerajaan yang didakwa terlibat dalam kes salah laku seksual telah digantung tugas selama dua bulan mulai semalam. Menteri Kesihatan Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah membuat keputusan untuk mengenakan Perintah Tahan Kerja di bawah Peraturan 43 ke atas ketua jabatan berkenaan. Menurutnya, keputusan itu dibuat SPA dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam bagi membolehkan pihak berkuasa berkaitan termasuk Suruhanjaya…










