KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneroka sumber hasil pendapatan baharu termasuk mempertimbang mengenakan cukai terhadap aktiviti peniagaan yang dijalankan secara atas talian, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, langkah itu antara inisiatif bagi menambah pendapatan dan mengukuhkan kedudukan kewangan negara. “Kita tahu perniagaan atas talian atau perniagaan online ini setakat ini tidak dikenakan apa-apa cukai, jadi ini juga sedang kita lihat untuk diambil cukai…










