TEMERLOH 22 Sept. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sememangnya tidak akan mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini. Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, golongan itu akan terus didekati untuk dipulihkan. Beliau mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia menolak LGBT dan perkara itu selari dengan pendirian kerajaan PH selama ini. “Betullah, itulah (kenyataan Mahathir) yang menegaskan apa…










