SEREMBAN – Sebuah kenderaan polis membawa seramai lima orang kena tuduh (OKT) terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 255.5 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran susur keluar Senawang dekat sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, seorang anggota polis mengalami kecederaan pada bahagian dada akibat tersepit di bahagian pemandu manakala seorang lagi anggota polis patah kaki kanan. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Senawang,…










