SHANGHAI 17 Sept. – Hab kewangan Hong Kong memulakan operasi pembersihan hari ini selepas dibadai Taufan Mangkhut yang memusnahkan pokok dan mencetuskan banjir, akibat fenomena cuaca yang menyaksikan berpuluh-puluh penduduk di Filipina terbunuh manakala jutaan lagi dipindahkan di selatan China. Angka kematian di Filipina di mana Pulau Luzon dilanda angin kencang dan hujan, meningkat kepada 65 orang malam tadi ketika pasukan penyelamat mengeluarkan lebih banyak mayat daripada timbunan tanah runtuh…










