LONDON – Seramai enam juta kanak-kanak di seluruh dunia mati akibat penyakit boleh cegah dan komplikasi lain tahun lalu atau hampir separuh daripada kematian serupa pada tahun 2000 selepas negara-negara dunia menyokong usaha menghapuskan kemiskinan tegar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam. Pemimpin-pemimpin dunia bersetuju melaksanakan Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) pada 2000, tahun yang menyaksikan 11.2 juta kanak-kanak di bawah umur 15 tahun meninggal dunia akibat penyakit boleh cegah, kekurangan air…










