Kelemahan pemilihan PKR, JPP perlu dirombak segera - Utusan Malaysia

Kelemahan pemilihan PKR, JPP perlu dirombak segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 23 Sept. – Calon Ketua PKR Cabang Arau, Asrul Nizan Abd. Jalil menggesa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dirombak segera berikutan kelemahan mereka menguruskan pemilihan parti sehingga menyebabkan proses pengundian di beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang semalam, termasuk Perlis hari ini terpaksa ditunda.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena berkata, JPP juga gagal membuat persediaan yang rapi khususnya melibatkan sistem e-undi yang mengalami pelbagai masalah teknikal sehingga merencatkan perjalanan pemilihan parti itu, kali ini.

“Saya kecewa dengan kegagalan JPP dalam menguruskan pemilihan parti. Saya khuatir ia seperti sesuatu yang disengajakan dengan mencipta kelemahan bagi membolehkan proses dimanipulasi dan penipuan dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dapat dilihat semalam, sistem e-undi tidak berfungsi dengan baik, petugas JPP sengaja datang lambat. Ekoran itu,

terdapat cabang hanya memulakan proses pengundian kira-kira pukul 11.30 pagi sedangkan waktu sepatutnya adalah pada pukul 9 pagi.

“Saya menggesa agar JPP dirombak segera dan digantikan oleh anggota PKR yang bebas daripada mana-mana kumpulan penyokong calon yang bertanding,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, proses pemilihan PKR bagi sembilan daripada 15 cabang di Kedah terpaksa ditunda ke satu tarikh lain berikutan sistem e-undi yang pertama kali digunakan mengalami masalah teknikal.

Masalah itu juga, mengakibatkan tercetus pergaduhan di lokasi pengundian setelah ahli yang hadir naik berang dipercayai kerana menunggu terlalu lama.

Berikutan itu juga, proses pemilihan parti bagi peringkat negeri Perlis yang dijadual berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini