Kelas bimbingan percuma YPM bantu 22,200 pelajar - Utusan Malaysia

Kelas bimbingan percuma YPM bantu 22,200 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 21 Sept – Seramai 22,200 pelajar menerima manfaat kelas bimbingan percuma kelolaan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakariah Md Sam berkata, keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya yang tinggal di luar bandar.

Pelajar terlibat akan menduduki peperiksaan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang mengikuti kelas tambahan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini dilihat berkesan membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek berkenaan. Sejak 2016, secara keseluruhan pelajar yang mengikuti kelas tambahan ini adalah seramai 30,335 orang.

“Pada tahun ini, YPM meluaskan program ini ke semua 222 Parlimen seluruh negara dengan masing-masing 111 pusat bagi SPM dan UPSR,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi melaksanakan program itu, YPM memperuntukkan RM4.3 juta dan turut dibantu Celcom Axiata Bhd yang menyumbangkan sebanyak RM1 juta.

Zakariah menambah objektif utama pelaksanaan program itu adalah untuk meningkatkan penguasaan dan pencapaian akademik yang merupakan pemangkin kecemerlangan modal insan.

Selain itu, program itu dapat membantu pelajar mendapat pembelajaran tambahan secara percuma di luar waktu pembelajaran rasmi daripada guru berpengalaman. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini