KOTA BHARU 22 Sept – Kelantan sekadar membawa bekalan tipis ke Kota Kinabalu apabila mampu menang 2-1 ke atas Sabah dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi. Terdahulu, tonggak pertahanan Baktyiar Duishobekov menggamatkan suasana apabila meledakkan jaringan pertama Kelantan menerusi tandukan jarak dekat yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang pelawat Rozaimie Rohim ke-29. Minit ke-39, pelawat dirundung malang apabila terpaksa beraksi…










