KOTA BHARU 11 Sept. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Husam Musa mendakwa Kerajaan Pas Kelantan membuat pembelian sekurang-kurangnya sebuah kenderaan mewah jenama Mercedes-Benz untuk kegunaan pegawai tertingginya. Menurut Husam, pembelian kenderaan tersebut dipercayai dibuat pada tahun ini dan perkara itu menimbulkan persoalan memandangkan keadaan kewangan kerajaan negeri ini adalah tidak begitu memberangsangkan. “Setakat saya tahu, kenderaan rasmi pegawai tinggi negeri adalah Proton Perdana. Adakah Kelantan negeri yang kaya sehingga…










