Kelantan akui penerima bantuan kewangan defisit kerana negeri pertanian - Utusan Malaysia

Kelantan akui penerima bantuan kewangan defisit kerana negeri pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Tidak dinafikan dengan hasil yang agak terbatas disebabkan sebuah negeri pertanian maka Kelantan adalah antara negeri penerima bantuan kewangan defisit, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Beliau, bagaimanapun berkata, Kelantan juga adalah negeri yang mendapat anugerah pengurusan kewangan terbaik daripada Ketua Audit Negara. 

“Dalam soal ini, bukan Kelantan sahaja perlukan bantuan kerajaan Persekutuan, semua negeri di Malaysia perlukan bantuan kerajaan Persekutuan termasuk Selangor sebuah negeri yang kaya, Pulau Pinang dan Johor,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohd. Amar mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan persekutuan berharap agar kerajaan Kelantan dapat menguruskan hal ehwal kewangan negeri dengan lebih berhemat, selain meningkatkan hasil secara profesional dan sistematik.

Pada masa ini, Kelantan adalah penerima bantuan kewangan defisit tertinggi berjumlah RM363 juta bagi tempoh 2013 hingga 2017. – Bernama

Mohd. Amar
Mohd. Amar
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN