JARINGAN menarik pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal bersama kelabnya, Swope Park Rangers (SPR) bulan lalu sehingga terpilih sebagai Gol Terbaik Ogos United Soccer League (USL) nyata memberikan kejutan buat pemain tengah itu menjelang hari ulang tahun kelahirannya yang ke-20 esok. Anugerah tersebut diberikan oleh USL selepas sepakan percuma Wan Kuzain yang menyaksikan pasukannya melakukan kebangkitan untuk mencipta kemenangan 2-1 ketika berdepan Tulsa Roughnecks FC di Children’s Mercy Park…










