Lelaki maut dihempap pokok semasa tunggang motosikal

Lelaki maut dihempap pokok semasa tunggang motosikal

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang dihempap pokok dalam kejadian di Jalan Air Lanas-Gemang, Jeli, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok tumbang semasa menunggang motosikal di Jalan Air Lanas-Gemang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Mohd. Alia Sabri Mat Repin, 40, yang menunggang motosikal Honda EX5 disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat kecederaan dihadapinya.

Ketua Balai dan Penyelamat Bomba Jeli, Penguasa Bomba Mohd. Adni Ibrahim berkata, anggotanya yang ke lokasi kejadian mendapati mangsa terperangkap di bawah pokok yang menghempap motosikalnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sejurus selepas dikeluarkan,” katanya hari ini.

Rakaman kejadian itu turut tular dalam media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini